MARI BERINGAT

WAKTU SOLAT: PENANG

About Me

My photo
Sama mcm org lain, hanya Hamba Allah. Let share some useful knowledge!

Thursday, April 6, 2017

Road Trip to Krabi- Dec 2016

Dah 4 bulan pergi Krabi baru ingat nk pos. Biasala..saya kan pemalas

Saya pergi dengan keluarga sebelah suami. Join sekaki geng2 sepupu dia. Ada dlm 12 biji kereta jugak la. Road trip bermula 11-15 Dec lepas. Masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam sebab kami suka breakfast di Danok.






Ada a few perkara yang saya nak share untuk anda yang mungkin tengah cari info cara2 nak buat road trip ke sana.


Memasuki Sempadan

  • Beratur awal2 pagi atau lebih tepat solat subuh berdekatan dgn tmpt nak cop passport. Kalau dah 7 pagi baru sampai, nak park kereta pun susah + punya la panjang barisan.
  • Jangan main parking, kalau kena saman mahal oi...so datang awal. 
  • Kalau tak nak kena maki, kad putih & borang insuran kereta isi betul2. Kebanyakan blog dah share tentang flow process. 
  • Yg lama bahagian nak cop passport, tapi untuk documentation bawak masuk kenderaan sendiri kejap je. Kastam diorang ni anda jangan kecil hati, they can't really pronounce English word properly. Bahasa Melayu pun diorang tak reti. Cara diorang nak bagitau bahagian yang perlu pemilik kereta tanda tangan ialah melalui contoh borang yang dilekatkan di cermin kaunter. Kalau anda suruh mereka repeat balik, siap tadah telinga kena maki. Haha.
  • Simpan salinan dokumen elok2, yang mana nak kena return kepada Kastam Thai waktu nak keluar dari Thailand perlu dipulangkan tau! Kalau tak, denda adalah mengikut kiraan hari.
Once dah masuk Thai
  • Pekan yang kami jumpa ialah Sadao di Danok. Apa yg menarik di sini ialah i-City diorang. 
  • Kedai2 buka pukul 10 pagi waktu Thai (~11 pagi waktu Malaysia). Tapi gerai2 makanan seawal 6.30pagi dah buka dah.
  • Elok beli simcard Thai di sini. Waktu saya beli 150 Bath utk 2 minggu (internet je). Diorang tolong pasang semua. Kelajuan internet diorg mmg awesome weh. Celah bukit pun 4G. Kalau kat sini, bila blk kg internet nyawa2 ikan. 
  • Tujuan cepat2 tukar simcard supaya senang nk konvoi, sila JANGAN cari pasal pi bawak walkie talkie. Sensitive issue sejak ada kes bomb. Guna ja apa2 free app tu stay contact with your group but never use walkie takie. Contohnya: Zello.
  • Minyak petrol mahal sini mahal & berbeza-beza. Harga bergantung kepada syarikat pengeluar  (Esso, Shell, etc) & lebih mahal di kawasan kampung/luar bandar berbanding pekan2. Kami prefer isi siap2 di pekan. Ron95 yang warna kuning tu.




  • JANGAN  langgar peraturan jalanraya seperti speed, lampu isyarat, dll. Perkara2 ni mungkin jadi penghalang anda nak keluar nanti. Kalau kereta Thai nak memotong, sila beri laluan. Tahap kesabaran mereka di lorong laju tak sama macam kita kat sini. 
  • Saya bawak roti sbb sini banyak menu pulut bukan nasi. Perut saya tak tahan. Hehe.
  • Pekan Hatyai sedikit busy & susah nak cari parking. Kami tggl kereta kat resort & naik van tut2 ramai2. 






  • Enjoy the foods there. Sedaaaaap & muraaaaaah. Recommended : Nasi Komok, Daging Bakar, Nasi Padkapau, Tomyam (of course), steamboat (called chim chum, saya tak reti eja), udang goreng, aiskrim kelapa, pencake, pulut ayam, pulut mempelam, somtam, dll.



  • JANGAN shopping mcm orang kena sampuk. Istigfar banyak2.
  • Ambik tau apa barang & kuantiti yang dikawal oleh Kastam kita. Kalau terbeli lebih, sediakan duit utk bayar cukai lor..
Bila nak balik

  1. Pulangkan form kpd Kastam.

Tuesday, May 20, 2014

Picnic kat Miami Beach & Ronda Bukit Bendera dgn Akira

Assalamualaikum....

As a part of my rehabilitation plan, incik suami bawak aku & family sepupu jalan2 on last saturday (8 Feb). Paling syiok kami bawak Akira (nama betul Arissa Sofea).

Dah lama terperuk dlm rumah buat mata aku susah nk adapt dgn cahaya terang. Terasa pressure dlm mata. Berkelah nyer pasal semua tu aku redah. Hahaha



Layan je la gambaq yg sempat aku snap ni ye. Aku ni mmg minat tgk bunga-bungaan













Lepas tu kami ambik buggy yg caj dia RM 30 utk sebijik kereta tu. Cukup2 la kami ada 5 org dewasa + 1 kanak. Tourist guide yg bwk kereta buggy kami tu seorang uncle berbangsa cina pun dh 30++years of experience keje situ. Banyak yg dia cerita tp aku seperti biasa lupa nk tanya nama dia. Gambaq uncle tu xdak la sbb dia yg tlg snap photo kami




Sepanjang 2km perjalanan dgn buggy tu, ada tesergam indah banyak rumah2 lama. Semuanya berusia more than 100 years beb! Ada byk gak tp aku malas nk share semua. Go & enjoy it





 Haa, ada monyet2 kat sini tapi semuanya behave. Tak kacau org mcm kat Tasik Dayang Bunting (yg tu aku seram kalo pegang beg plastik)

Ini kalo korang jalan kaki bleh la masuk tgk periuk kera

 Laluan sepanjang area kami lalu ni diberi nama Jalan Tuanku Yahya Petra (Sultan Kelantan Pertama) sbbnya dia raja pertama jejak kaki ke situ.

 Ni plak antara tong pos paling tua di Malaysia. More than 100 years.








View yg Masya Allah santeknya...
















Wednesday, May 7, 2014

Belajar jahit tudung chiffon 2 layer

Belajar jahit tudung chiffon 2 layer


Setelah kena tunggu cikgu mai selama lebih sejam, akhirnya dpt gak Huda blajaq buat tudung chiffon 2 layers sendiri. Senang sikit kalo bleh buat tudung sendiri sbb blh labuhkan sikit sesedap rasa.

Throw back sequence buat tudung 2 layer:

1) Tekap pola (1st layer, 2nd layer & awning) ke atas kertas minyak.

* Blh jugak tekap bentuk ikut tudung dgn saiz yg korang berkenan
* Second layer biasanya kurang 1 inci dair first layer.







2) Pin pola pd kain  & gunting ikut pola. Plan terlebih dahulu warna mana yg nak dijadikan first layer, second layer.
Warna awning biasanya ikut warna first layer utk create contra dgn second layer

3) Seterika kertas gam pd lebihan kain. Jahit 1 lapisan kain on top of it dgn basi 1 inci. Jahitan selari dgn border melengkung kertas gam. Lepas tu trim 0.5 inci

 4) Kain dlm gambar ni twin color (depan biru,blkg pink). Selak lapisan teratas yg dijahit ke bawah spt dlm gambar

 Side ini akan jadi bahagian mengadap dalam tudung once dh siap jahit nnti


5) Lipat lebihan kain pink tu ke blkg as shown below


6) Alihkan ke awning supaya bhgn blkg pula mengadap kita. Bahagian ni akan jadi permukaan terluar bila dh siap jahit nanti. Tarik kain pink tu supaya cukup tegang (not too tight,not too loose)  pin pd arah seperti berikut. Kalau pin melintang, fabrik mudah lari alignment  plak.


7) Jelujur sekelilingnya. Jahit  1 tapak mesin sekeling bahagian atas kertas gam yang melengkung tu

8) Gunting kain ikut bentuk kertas gam & kemudian jahit tepi kasar utk kwsn lengkungan tu  & badan tudung layer 1 & 2 (bahagian lurus sahaja).

9) Huda nak kain pink jd first layer, biru ialah second layer & warna awning saya pink. So saya letak bhgian terluar awning mengadap bhgn terluar badan tudung.


10) Cuba pakai & snip sedikit  titik tgh iaitu titik yg selari dgn tgh2 dahi for each body & awning. Sikit je...2mm cukup la...


11) Temukan awning & both layer pd titik tgh yg dah ditanda. Jahit body mengelilingi bahagian melengkung awning

12) Ukur pnjg muka. Muka jahit badan tudung dari titik tu ke bawah smpai titik dada.

13) Jahit second layer sampai bawah.

14) Jahit first layer bermula dari titik akhir step (12) sampai ke bawah

15) Jahit 1 tapak mesin mengelilingi muka

16) Jahit tepi halur sekeliling hujung badan tudung.