Belajar jahit tudung chiffon 2 layer
Setelah kena tunggu cikgu mai selama lebih sejam, akhirnya dpt gak Huda blajaq buat tudung chiffon 2 layers sendiri. Senang sikit kalo bleh buat tudung sendiri sbb blh labuhkan sikit sesedap rasa.
Throw back sequence buat tudung 2 layer:
1) Tekap pola (1st layer, 2nd layer & awning) ke atas kertas minyak.
* Blh jugak tekap bentuk ikut tudung dgn saiz yg korang berkenan
* Second layer biasanya kurang 1 inci dair first layer.
2) Pin pola pd kain & gunting ikut pola. Plan terlebih dahulu warna mana yg nak dijadikan first layer, second layer.
Warna awning biasanya ikut warna first layer utk create contra dgn second layer
3) Seterika kertas gam pd lebihan kain. Jahit 1 lapisan kain on top of it dgn basi 1 inci. Jahitan selari dgn border melengkung kertas gam. Lepas tu trim 0.5 inci
4) Kain dlm gambar ni twin color (depan biru,blkg pink). Selak lapisan teratas yg dijahit ke bawah spt dlm gambar
Side ini akan jadi bahagian mengadap dalam tudung once dh siap jahit nnti
5) Lipat lebihan kain pink tu ke blkg as shown below
6) Alihkan ke awning supaya bhgn blkg pula mengadap kita. Bahagian ni akan jadi permukaan terluar bila dh siap jahit nanti. Tarik kain pink tu supaya cukup tegang (not too tight,not too loose) pin pd arah seperti berikut. Kalau pin melintang, fabrik mudah lari alignment plak.
7) Jelujur sekelilingnya. Jahit 1 tapak mesin sekeling bahagian atas kertas gam yang melengkung tu
8) Gunting kain ikut bentuk kertas gam & kemudian jahit tepi kasar utk kwsn lengkungan tu & badan tudung layer 1 & 2 (bahagian lurus sahaja).
9) Huda nak kain pink jd first layer, biru ialah second layer & warna awning saya pink. So saya letak bhgian terluar awning mengadap bhgn terluar badan tudung.
10) Cuba pakai & snip sedikit titik tgh iaitu titik yg selari dgn tgh2 dahi for each body & awning. Sikit je...2mm cukup la...
11) Temukan awning & both layer pd titik tgh yg dah ditanda. Jahit body mengelilingi bahagian melengkung awning
12) Ukur pnjg muka. Muka jahit badan tudung dari titik tu ke bawah smpai titik dada.
13) Jahit second layer sampai bawah.
14) Jahit first layer bermula dari titik akhir step (12) sampai ke bawah
15) Jahit 1 tapak mesin mengelilingi muka
16) Jahit tepi halur sekeliling hujung badan tudung.
No comments:
Post a Comment