MARI BERINGAT

WAKTU SOLAT: PENANG

About Me

My photo
Sama mcm org lain, hanya Hamba Allah. Let share some useful knowledge!

Monday, September 16, 2013

Roapers & check renovation umah

Assalamualaikum & Selamat Hari Malaysia....


Pernah dengar kumpulan ROAP (Republik of anak Perlis)? Haa, kami baru je join sekaki. It just a group untuk anak2 Perlis mengeratkan Silatur-rahim & saling berkongsi pengetahuan. Incik suami saya sgt excited sbb kawan2 dalam group ni sempoi. Chat guna loghat perlis yg pure. Dia jugak yg paling excited beli sticker & baju T-shirt utk kenang-kenangan.


Balik dari kg sempatla kami singgah Bertam untuk check tengok setakat mana progress renovation rumah. Maklumla, first house ni over excited lebih la cek. Cer tengok ni, banyak aktiviti pecah rumah. Penjenayah tak terlibat, cuma kontraktor ja yang diperlukan.

Malangnya ada jugak kes curi bata, curi pasir, curi tile...Itu lumrah.



Sebelum nak renovate bagai, pls ensure korang buat permohonan untuk ubahsuai rumah di Majlis Perbandaran dulu. So sepanjang waktu proses renovate ni kena ada letak sticker mcm ni kat depan rumah. Ni contoh rumah kami punya. So kalau korang punya rumah tu kat penang, lebih kurang RM 1,000++ la kena bayar kat MSPS. Harga mungkin berbeza-beza.

Kontraktor tu tolong tukarkan pagar hijau tu dengan wall dengan ketinggian di bawah 5 kaki. Ni gambar waktu diorang tengah buat. Kenapa di bawah 5 kaki? sbb itu syarat yang diberi oleh Majlis Perbandaran. Kalau nak buat lebih tinggi mcm mana? Jangan risau,siap sedia untuk bayar saman je...Haha. Kitorang tak sedia so tak mau langgar peraturan


Aktiviti dalam rumah pulak tengah in progress untuk pasang plaster syiling. Dah delay a few days sebab kena tunggu developer betulkan kawasan yang bocor.


Bahagian dapur kira extend dapur, concrete table & coffee table dah siap. Kabinat & dapur pasang last sekali nanti.




Semoga semua dipermudahkan. Amin...