MARI BERINGAT

WAKTU SOLAT: PENANG

About Me

My photo
Sama mcm org lain, hanya Hamba Allah. Let share some useful knowledge!

Tuesday, May 20, 2014

Picnic kat Miami Beach & Ronda Bukit Bendera dgn Akira

Assalamualaikum....

As a part of my rehabilitation plan, incik suami bawak aku & family sepupu jalan2 on last saturday (8 Feb). Paling syiok kami bawak Akira (nama betul Arissa Sofea).

Dah lama terperuk dlm rumah buat mata aku susah nk adapt dgn cahaya terang. Terasa pressure dlm mata. Berkelah nyer pasal semua tu aku redah. Hahaha



Layan je la gambaq yg sempat aku snap ni ye. Aku ni mmg minat tgk bunga-bungaan













Lepas tu kami ambik buggy yg caj dia RM 30 utk sebijik kereta tu. Cukup2 la kami ada 5 org dewasa + 1 kanak. Tourist guide yg bwk kereta buggy kami tu seorang uncle berbangsa cina pun dh 30++years of experience keje situ. Banyak yg dia cerita tp aku seperti biasa lupa nk tanya nama dia. Gambaq uncle tu xdak la sbb dia yg tlg snap photo kami




Sepanjang 2km perjalanan dgn buggy tu, ada tesergam indah banyak rumah2 lama. Semuanya berusia more than 100 years beb! Ada byk gak tp aku malas nk share semua. Go & enjoy it





 Haa, ada monyet2 kat sini tapi semuanya behave. Tak kacau org mcm kat Tasik Dayang Bunting (yg tu aku seram kalo pegang beg plastik)

Ini kalo korang jalan kaki bleh la masuk tgk periuk kera

 Laluan sepanjang area kami lalu ni diberi nama Jalan Tuanku Yahya Petra (Sultan Kelantan Pertama) sbbnya dia raja pertama jejak kaki ke situ.

 Ni plak antara tong pos paling tua di Malaysia. More than 100 years.








View yg Masya Allah santeknya...
















Wednesday, May 7, 2014

Belajar jahit tudung chiffon 2 layer

Belajar jahit tudung chiffon 2 layer


Setelah kena tunggu cikgu mai selama lebih sejam, akhirnya dpt gak Huda blajaq buat tudung chiffon 2 layers sendiri. Senang sikit kalo bleh buat tudung sendiri sbb blh labuhkan sikit sesedap rasa.

Throw back sequence buat tudung 2 layer:

1) Tekap pola (1st layer, 2nd layer & awning) ke atas kertas minyak.

* Blh jugak tekap bentuk ikut tudung dgn saiz yg korang berkenan
* Second layer biasanya kurang 1 inci dair first layer.







2) Pin pola pd kain  & gunting ikut pola. Plan terlebih dahulu warna mana yg nak dijadikan first layer, second layer.
Warna awning biasanya ikut warna first layer utk create contra dgn second layer

3) Seterika kertas gam pd lebihan kain. Jahit 1 lapisan kain on top of it dgn basi 1 inci. Jahitan selari dgn border melengkung kertas gam. Lepas tu trim 0.5 inci

 4) Kain dlm gambar ni twin color (depan biru,blkg pink). Selak lapisan teratas yg dijahit ke bawah spt dlm gambar

 Side ini akan jadi bahagian mengadap dalam tudung once dh siap jahit nnti


5) Lipat lebihan kain pink tu ke blkg as shown below


6) Alihkan ke awning supaya bhgn blkg pula mengadap kita. Bahagian ni akan jadi permukaan terluar bila dh siap jahit nanti. Tarik kain pink tu supaya cukup tegang (not too tight,not too loose)  pin pd arah seperti berikut. Kalau pin melintang, fabrik mudah lari alignment  plak.


7) Jelujur sekelilingnya. Jahit  1 tapak mesin sekeling bahagian atas kertas gam yang melengkung tu

8) Gunting kain ikut bentuk kertas gam & kemudian jahit tepi kasar utk kwsn lengkungan tu  & badan tudung layer 1 & 2 (bahagian lurus sahaja).

9) Huda nak kain pink jd first layer, biru ialah second layer & warna awning saya pink. So saya letak bhgian terluar awning mengadap bhgn terluar badan tudung.


10) Cuba pakai & snip sedikit  titik tgh iaitu titik yg selari dgn tgh2 dahi for each body & awning. Sikit je...2mm cukup la...


11) Temukan awning & both layer pd titik tgh yg dah ditanda. Jahit body mengelilingi bahagian melengkung awning

12) Ukur pnjg muka. Muka jahit badan tudung dari titik tu ke bawah smpai titik dada.

13) Jahit second layer sampai bawah.

14) Jahit first layer bermula dari titik akhir step (12) sampai ke bawah

15) Jahit 1 tapak mesin mengelilingi muka

16) Jahit tepi halur sekeliling hujung badan tudung.

Wednesday, February 5, 2014

Tonsil + Bell Palsy


Tonsil + Bell Palsy 


Assalamualaikum readers...




Hari ni Huda nak kongsi pengalaman Huda sendiri kena tonsil & Bell Palsey. Currently still cuti sakit sbb tak berjalan pun gelong lg.Ceritanya mcm ni.....



15 Jan 2014 (Rabu)

Rasa sakit kepala sebelah kiri & sakit telinga bila telan air liur. Huda just minta hubby urutkan & still p keja mcm biasa



16 Jan 2014 (Khamis)

Rasa sakit kepala makin kerap & telan mknan is getting harder for me. Still bekerja as usual.


17 Jan 2014 (Jumaat)

It was public holiday. Sakit kepala + susah nak telan air liur + telinga bunyi berdesing/sometimes bergaung. P panel klinik dekat Kepala Batas  Doktor bg ubat antibiotik

18-19 Jan 2014 (Sabtu-ahad)

Sakit semakin menjadi-jadi. Demam pun time ni nk menjengah. Parent in law dtg sbb nk p umah adik ipaq yg baru je kawen tu. Diorg invite p umah diorg. Ikutkan ati mmg xnak p. Tgh sakit ko rasa ada hati ke aku nk mkn2?

Kat umah dia mmg tak larat sgt dh. Terbaring je kat sofa. Bila sakit ni mmg pantang betol suasana meriah2 ni. Rasa nk dush2...& dush.

Tak ok jugak, kami pun p second clinic...No changes

20 Jan 2014 (Isnin)

I went to the first clinic balik sbb cirit-birit & muntah2. Doktor pun bg la MC & top up ubat. Sebelah mlm mmg makin teruk so kami p lg ke klinik tu mintak dia refer Huda ke hospital for further check. Mmg lemah lain mcm je. Kepala pening, mata rasa mcm kering & mcm berat sgt belah kiri

Doktor pun refer aku ke KPJ





21- 24Jan 2014 (Selasa- Jumaat)


Sampai KPJ je physician terus refer Huda utk urgent hospitalization sbb tonsil ni dah sebabkan kronik impact pada saraf muka.

Doktor lebih fokus ke arah tonsil sbb bimbang ianya dari jenis jangkitan bakteria.

Secara am Tonsil ada 2 jenis

*Bengkak disebabkan oleh suhu badan -boleh surut sendiri
* Bengkak BERNANAH disebabkan oleh bakteria- perlu dibedah

Berbelas botol antibiotik & air garam diorg kasi sepanjang duk spital. Semakin lama semakin pening. Hari Khamis aku muntah sampai 7 kali sehari. tgk mknn pun fobia.

Aku mmg susah nk bukak mulut luas2 sambil dia jolok batang besi yg ada kamera smpai ke anak tekak. Tiap2 kali dia buat mesti aku nak termuntah. So what they can do is, buat CT scan.
Syukur Alhamdulillah, ianya tonsil biasa bukan jenis nanah tu.

Kalau jenis biasa, In shaa Allah blh surut sendiri tanpa perlu pembedahan buand tonsil. Doktor akan cuba elakkan kita dari panas badan @demam. Apprently mcm Huda tak demam, suhu badan normal 36-37.1 tapi memanjang rasa menggigil & seram sejuk.

Tak jamah apa2 pun tetap muntah sampai berbuih. The next day pun muntah jugak tp 4kali je sbb doktor bg ubat tahan muntah.

Physio pun boleh menambah pening ni tp tetap kena exercise sbb muka Huda dh tak gerak sebelah..Ni juga dikenali Bell Palsy.


#Cedok dari Pakcik Google


Ciri2 Bell Palsy yg ada saya rasa sendiri:-

* Mata lambat kedip & susah nk tutup rapat
* Kening & mata mcm jatuh
* Mulut senget
* Lidah xdak rasa
* Hidung x boleh gerak

Ni Huda tarik mulut utk senyum


Muka senget je mesti org ingat stroke.Tak berkait lgsg.... Beza Bell Palsy dgn Stroke ialah Bell Palsy ni hanya affect saraf muka & pengidap bukan pesakit darah tinggi.



Stress sgt duk spital sbb nk rehat pun terganggu. Huda minta early release on friday. Aircond baik utk control tonsil but bad for Bell Palsy. Since CT scan shows, tonsil Huda bukan jenis nanah so tak perlu buang. In shaa Allah boleh surut sendiri maka my main focus ialah pening muntah & Bell Palsy..

Tahap aku punya pening sampai gerakkan bola mata sikit pun pening pastu buekk...

25Jan 2014 (Sabtu)

Rehat kat umah. Dengan rahmat Allah, terjumpa la dgn sorg akak yg berpengalaman mengurut.
Alhamdulillah lepas urut buang aingin, aku dh stop muntah. Katanya aku muntah2 ni sbb byk angin di hempedu.

Utk org area kepala batas/Bertam boleh la try contact Kak Ina. Ni kedai gunting rambut Muslimah diorg bukak di Bertam


Dia cakap badan aku panas dalam sbb tu aku menggigil. Kena angin kipas pun mcm nk menitik air mata. Then aku tanya kenapa bacaan termometer look normal. Katanya sbb suhu badan tak distribute sekata. Kepala huda panas.

Tanda2 kita byk angin hempedu:
* Pedih ulu hati
*Rasa sesak nafas, dada rasa ketat
*Rasa nk loya/muntah


Cara nk kurangkan/ubati angin hempedu:

*Ambik mknn yg bervitamin C. Contoh tetmudah : Buah Oren
* Jus buah oren

Hubby pun p beli Tropicana Twister. Sedap pn sedap. Alhamdulillah muntah pun dh stop. Syukur sgt2....

Cara nk kurangkan panas badan:

Badan still seram sejum sbb haba tak sekata. Byk kat kepala. Kat bandar susahla nk dpt daun2 kayu. Temporary aku mandi air suam selepas Isyak (9pm). Dimulakan dng selawat 3x, tarik nafas then buat mcm mndi wajib (dari kepala ke kaki) 3 kali & lepaskan nafas. Ulang sampai abes air. Lepas mndi rehat

Utk kesan yg lebih baik, tambah daun serai wangi, daun limau purut ketika rebusan

Alhamdulillah berkesan dgn diri Huda...


Terapi warna cakap warna aku ialah pink. Hoho, hijau tukar ke pink. So girlish..hihi..




28Jan 2014 (Selasa)

Balik kg utk berehat. Mak rajin letak air daun bunga Raya Putih kat kepala utk sejukkn kepala. Mkn pun terjaga. Jiran2 pakat sibuk tlg carikan daun kayu. whatever it is, jagaan mak is the best..Ayat anak manja mmg mcm ni...Sehingga aku betul2 baik, aku kena pantang mkn bnda pedas (which is my fav), panas, berminyak (esp deep fry). Follow je, lgpun dlm Islam kita dilarang mkn bnda yg bwk mudarat..lgpun sementara je.

Dlm pada tu pun, mkn nasi putih kicap dgn telur pun sodap..bertambah...

Sambil tu Huda amalkan minum air Zam Zam & habatus sauda.

Tgk pokok2 yg mak tanam, tenang je jiwa...

Ni pokok kacang buncis & pokok dokong


Ni mempelam harum manis. Baby lg. Baru 7 bulan


Alhamdulillah adalah jugak positive progress. Mulut  bawah dah boleh gerak. Senyum dh tak senget.
Mata dh aktif sikit tp belom fully boleh tutup.



06 Feb 2014 (Khamis)

Pening  still ada lg, kena toleh kepala sikit2 utk elakkan pening. so mmg temporary tak boleh drive kereta. Lengan plak lenguh mcm kena gigit2 je. xtau la apa punca pulak ni.

Semangat utk nk sihat mcm dulu tinggi menggunung tinggi. Semoga Allah dipermudahkan...

Sepajang tempoh ni jugakla hubby sgt memainkan peranan dia. Dia sentiasa igtkan aku utk bykkn Istigfar..


Acupuncture  kena hold dulu sbb saraf still bengkak. Berubat tak perlu rushing2..Doctor afraid it might make it worse..


Apapun bila ada ahli keluarga anda sakit, dia perlukan:

  • Timbang rasa anda supaya rehatnya tak diganggu. Tidur kami tak sentiasa lena mcm org sihat. Dlm Islam dh ada garis panduan adab melawat org sakit.
  • Ada someone di sisi supaya tak feel alone. Ubat is not the only wat out. Semangat pesakit perlu pulih terlebih dahulu. Saya beruntung kerana masih ada yg peduli..Hanya Allah mampu balas jasa mereka.