MARI BERINGAT

WAKTU SOLAT: PENANG

About Me

My photo
Sama mcm org lain, hanya Hamba Allah. Let share some useful knowledge!

Monday, September 16, 2013

Roapers & check renovation umah

Assalamualaikum & Selamat Hari Malaysia....


Pernah dengar kumpulan ROAP (Republik of anak Perlis)? Haa, kami baru je join sekaki. It just a group untuk anak2 Perlis mengeratkan Silatur-rahim & saling berkongsi pengetahuan. Incik suami saya sgt excited sbb kawan2 dalam group ni sempoi. Chat guna loghat perlis yg pure. Dia jugak yg paling excited beli sticker & baju T-shirt utk kenang-kenangan.


Balik dari kg sempatla kami singgah Bertam untuk check tengok setakat mana progress renovation rumah. Maklumla, first house ni over excited lebih la cek. Cer tengok ni, banyak aktiviti pecah rumah. Penjenayah tak terlibat, cuma kontraktor ja yang diperlukan.

Malangnya ada jugak kes curi bata, curi pasir, curi tile...Itu lumrah.



Sebelum nak renovate bagai, pls ensure korang buat permohonan untuk ubahsuai rumah di Majlis Perbandaran dulu. So sepanjang waktu proses renovate ni kena ada letak sticker mcm ni kat depan rumah. Ni contoh rumah kami punya. So kalau korang punya rumah tu kat penang, lebih kurang RM 1,000++ la kena bayar kat MSPS. Harga mungkin berbeza-beza.

Kontraktor tu tolong tukarkan pagar hijau tu dengan wall dengan ketinggian di bawah 5 kaki. Ni gambar waktu diorang tengah buat. Kenapa di bawah 5 kaki? sbb itu syarat yang diberi oleh Majlis Perbandaran. Kalau nak buat lebih tinggi mcm mana? Jangan risau,siap sedia untuk bayar saman je...Haha. Kitorang tak sedia so tak mau langgar peraturan


Aktiviti dalam rumah pulak tengah in progress untuk pasang plaster syiling. Dah delay a few days sebab kena tunggu developer betulkan kawasan yang bocor.


Bahagian dapur kira extend dapur, concrete table & coffee table dah siap. Kabinat & dapur pasang last sekali nanti.




Semoga semua dipermudahkan. Amin...

Thursday, April 18, 2013

Last working day in Molex

Sob3,Ni adalah aku nye farewell note utk company. Cedok dari member WD. Bukan farewell utk blog pun.Haha..
Berehat Dari 15hb-21hb. Yeay...

To whom may concern,
It has been 1 year, 4 months, 22 days or 508 days since I started working with Molex and now is the time for me to choose another career path. It’s never easy to say goodbye but I’d believe it’s the best for me.
Hence, I would like to take this opportunity to thank all of you for the guidance and excellent cooperation that has been given throughout these years. I will miss each bits of my bitter sweet life in Molex and how it impact and influence me J
For all my action/words that might hurt your feeling, I’d like to seek an apology from the bottom of my heart. Do keep in touch since you guys will be missed for sure. Good luck and wish you all the best in your future endeavors.


“Some people come into our lives and quickly go, Some people move our souls to dance, Some people make the sky more beautiful to gaze upon..
They stay in our lives for a while, Leave footprints on our hearts, and make our life never, ever be the same again”
I still can be reach via personal email : hudametalurgi@gmail.com






- From me with .
-H U D A-
(017- XXXX XXX)


 
Last memory with Molex team





 








Jenis2 zakat &nisab (Part I)

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak share serba sedikit ttg zakat. Mari kita belajar sama-sama. Menunaikan zakat ni merupakan rukun Islam yang ke.....? Yes, yg ke-4

Maksud ringkas bg nisab & haul boleh refer kat sini click sini

Perkara2 yg perlu ditunaikan zakat jika cukup nisab & haul.
  1. Zakat Saham
  2. Zakat Emas
  3. Qadha Zakat
  4. Zakat KWSP
  5. Zakat pertanian padi
  6. Zakat perniagaan
  7. Zakat pendapatan
  8. Zakat ternakan
  9. Zakat Wang Simpanan
Perkara yg some of us mungkin tak aware

For your guys information, semua zakat ni boleh diambilkira sewaktu kita isi e-filing. Bukan setakat zakat pendapatan sahaja. 
  • Pembayan zakat pendapatan melalui potongan gaji adalah automatik stop kalau kita move to other company. So reti-reti la isi balik ye...
 Perincian for each zakat

  1. Zakat saham
    1. Kalau company bayar zakat perniagaan, pemegang saham dah terlepas la daripada kena byr zakat saham. Else, WAJIB bayar zakat saham.
    2. Kalau melabur ke atas company to obtain the dividen setiap tahun, maka zakat dikenakan di atas dividen tu je. ( 2.5% kadar zakat utk jumlah dividen + pendapatan lain)
    3. Kalau saham berdasarkan pasaran semasa contohnya Bursa Saham, ada 2 area of focus iaitu 2.5% utk nilai saham pd tarikh akhir haul  & jugak 2.5% ke atas keuntungan dari jual beli saham sepanjang haul
  2. Zakat Emas- tidak hanya ditujukan kpd anak mami. Anak mak pun kena
    1.  Dengan syarat emas ni tak dipakai langsung sepanjang haul (setahun).
    2. Hanya nilai timbangan emas je bukan total berat barang kemas sbb cincin korang tu batu pertama besaaaaaaaaaaaaaq2. Suasa,gangsa,intan pertama tak dikira.
    3. Nisab : minimum 85gram
    4. Kadar zakat = 2.5% x nilai utk berat emas tu.
    5. Contoh kiraan, nilai emas RM 10,000. Maka kadar zakat yg kena byr is 10,000 x 2.5% = RM 500
  3.  Qadha zakat
    1. Semua jenis zakat adalah wajib dibayar kalau dah cukup nisab & haul. Ni utk kes nak cover balik tahun2 sebelum ni tak bayar. Nilai tu berdasar kemampuan. Bayar sikit2 pun boleh....Islam itu memudahkan.
  4.  Zakat KWSP/ LTAT (jgn tnya LTAT tu apa sbb aku tak tau & lupa nk tnya pgw zakat. P tnya sendiri kat diorg & share dgn aku ye...wink2)
    1. Kena bayar hanya apabila kita ada withdraw duit & duit tu dah sampai ke tangan kita.
    2. Kadar 2.5% x nilai yg kita keluarkan tu.
  5.  Zakat pertanian padi
    1. Harga jualan padi setelah ditolak harga kos yang dibenarkan (baja,racun,upah, sewa, pengangkutan)
    2. Kalau tanam padi 2 kali setahun, musim pertama katakanlah hasilnya kurang daripd nisab maka campur nilai tu ke musim ke-2
    3. Kaedah pengiraan zakat padi
    • Nisab padi: 363 gantang, 1300 kg atau bersamaan RM 1,300
    • Kadar : 10% ke atas nilai bersih. Jika pendapatan bersih kurang dari nisab maka zakat tak diwajibkan.
    • Subsidi : Dikira sbg hrga perolehan.Kadar zakat 2.5% atas nilai kesekuruhan harga subsidi.
    • Cara kiraa,contoh:
    • Si Ahmad dpt RM4,500 semusim &subsidi RM1,125. Harga jualan padi RM 4,500. Harga kos RM1,750. Maka pendapatan bersih padi = RM 4,500-RM1,750 = RM2,750
    • Zakat padi yg perlu dibayar : tanaman (10% x RM2,750) + subsidi (RM1,125 x 2.5%) = RM 303.15
  6.  To be continue...

Sunday, January 6, 2013

First visit to singapore

Aku p johore & singapore atas bisnes tripon last 26-30 Dec 2012. Skrg baru nk update atas sbb langakah2 keselamatan. He...he...he...Aku terpaksa rushing wat quality audit on 3 suppliers.


1) Johor, Gelang Patah
2) Jurong
3) Woodlands

Mmmm, ni la frist time aku p obersi so mcm byk benda still kena fine tune. Orang yg dh slalu merantau mmg xde masalah ah. Aku ni kan waktu kecik2 duk bawah ketiak mak, pastu sampai sekarang duk bawah ketiak suami terchenta. Kali ni dia xdapat ikut so...pndai2 la ko Huda....

Malam tu aku bermalam di Grand Paragon Hotel. Hotel ni bukan pilihan aku tp company yg pilih. Aku stay here 1 malam je. Hotel ni hotel 3 bintang je so don't expect much. Walaupun bleh claim tp kena kering kontangkan poket aku la utk beberapa malam punya duit hotel.


Day 1
Haa, ni la bilik aku.Bilik air kat belakang aku so xde la dlm gmbar. Ini bilik utk 2 org tp aku duk sorang2. Yg sorang lg duk bilik lain. Kalo la incik hubby ada, sure best sbb ada kawan nk borak2. Harga utk bilik mcm ni waktu aku check out on 27 Dec was RM 190  net pay.


Nak cerita part dinner, aku dtg dgn sorang purchasing exec (non muslim). Dia kata nk ikut dia p dinner. Aku pun kata yup,sure. (dlm ati : opkosla aku ikut...aku mn nk tau explore tmpt ni sorang2 di mlm2 hari...). Then, kawan dia yg Johorian ni mai dgn hubby & anak dia. Di pendekkkan cerita, sepanjang 2-3 jam kami having dinner at Japanese Restaurant, sepanjang tu la jugak diorg berbual dlm bahasa cina. Aku ada mencelah  dlm bahasa melayu a few times sbb bosan then they give me a simple answer & continue perbualan dlm bahasa cina.Jgn kata nk tumpang cakap, paham pun tak. Baik jgn ajak...aku bleh mkn megi sorang2 dlm bilik. xde beza pun kan? Kat bilik bleh gak aku tgk TV, pilih channel "bahasa" yg aku paham. Tui..(bleh ludah lg sbb belom masuk singapore)
Annoying giler2.

Dari atas aku tgk 2 org minah ni asyik dgn hp & tablet masing2. Duduk sebelah2 tp haram x pandang each other for chit chat. Baik x payah jumpa


Day 2

Waktu kat gelang patah kami makan tengah hari dekat gerai berhampiran kawasan paya. Pemandangan cantik sbb ada byk bot2 nelayan.



Siap je keje audit tu kami heading tu singapore utk check in di traders hotel plak for 2 nights.
Ciwi sat, sbb 1st time pakai passport. Muahaha...Ni la form yg kena isi utk masuk singapore & baki keratan yg kastam pulangkan tu kena simpan utk checking masa nk keluar dari singapore melalui mana2 jalan (darat,laut or flight).



ok, after 1 jam lebih sampai la kami di traders hotel...kalo jam bleh bawak ke 2 jam kata driver. Company aku book bilik room for 2 jugak. Net pay utk 2 malam yg aku bayar on Dec 29 was 625 (Sing Dollar). Waktu ni currency rate 2.54 for Maybank. Trader hotel terletak di Cascaden Road.



Lepas check in kami sampai dh nk magrib so aku solat dulu & then kuar jalan2. Sini mmg best sbb aku suka lampu warna warni...Kami jalan2 di Orchard Road. Kami p beli MRT kad, senang sikit nak bergerak ke mana2. Harganya 12 SingDollar, 5 singdollar utk hrga kad + 7singdollar utk nilai kat dlm kad. Hargacard is not refundable.

Ni laluan MRT for our future reference













Day 3

Right after audit settle kami p area Geylang. Kami makan chilli crab. Satu kesilapan aku kat sini ialah aku lupa mana 1 ketam yg haram di makan. Sama ada ketam batu or ketam bunga. Urghh, aku p igt ketam batu yg halal. Actually ketam batu yg haram dimakan sbb dia haiwan yg hidup 2 alam. Nk wat mcm mana, dah blk Malaysia baru igt. Menyesal sgt. Patutla rasa & bau lain macam. Igt ye ketam batu tu yg haram. Sila rujuk kpd org JAKIM utk maklumat lebih lanjut.




Malam tu kami p clarke quay. Banyak restaurans tp xde nampak tanda halal pun la.

 Kat sini boleh naik boat (local ppl call river taxi). It cost u 12 Sing Dollar per head for 1 way routing. Boleh tgk pemandangan dari Clarke Quay hingga ke Marina Bay. Boleh la tgk bangunan2 bercahaya, Merlion (Patung Lagenda Singa + Ikan tu).tak jalan lama sgt pun sbb aku sakit perut. Huhuhu...
Kalo nk jimat guna ja MRT. Taxi dari Marina ke Traders Hotel 13.40 Sing Dollar. Kalau terpksa ambik teksi gak, jgn ambik silver taxi, bukak pintu je dah caj mahal tau. Ambik teksi biru,murah sikit.



Day 4

Aku check in another hotel which is called V-Lavender. Kami ambik 1 bilik utk 3 org. Maklumla, kami extend atas kos sendiri. On the ways nk ke Lavender kawan2 aku ni singgah kedai produck penjagaan muka. Aku pun joinla utk usya2. Waktu duk cakap2 tu salesman tu bgtau kita cuma boleh jumpa di sini. We can't meet at our country or ur country. I dah boleh teka. Must be Israel.

Aku : So u r from Israel. M i rite?
Salesman : Yes, correct.
So this product was produce also in israel?
Salesman : Yes, mam. We r using the salt from the dead sea
Aku : In this case i am sorry, i will definitely not buy ur product
Kawan2 aku yg kurang peka : Haa?? Why we can't go to Israel
Aku : Take a look at ur passport. I started to have the passport longer than me. It is stated there.
Kawan2 ku : Ah; ya lor...but y?
Aku : Malaysia does not recognized Israel as a country. It actually belong to Palestin. U don't see the news meh?
Kawan2 ku : we don't know.

Once dah check in kat V-Lavender hotel aku explain kat diorg kenapa aku lagsung x mau beli selain sbb harga. Duit hasil jualam kompom bg kat negara Israel. Negara yg membunuh beratus ribu saudara2 Islam kita. They just say "o0o" then continue focusing on their facial product. tak dak ati perut sungguh. Both of them spend 250 Sing Dollar each to support Yahudi product. Damn!

Aku nk jalan puas2 & cari mknn yg aku nak. Ikut geng purchasing 2 org tu asyik nk bwk p mkn ikut taste lidah diorg je. Sampai org islam x boleh makan katak pun x tau. Nama ja lahir kat Malaysia. So biarla aku jalan2 sorg. Kami naik MRT dari Lavender then turun di Bugis Jucntion kami berpecah. Aku keluar ke Bugis street at the opposite road. Kat situ senang citer ,ala2 Chawrasta Penang la...kawan2 aku still kat dlm sbb nak borong baju & handbag sempena YES. Aku pun ada la tgk2 tp mungkin not my taste.

Siap shopping2 aku bertanya few local ppl there tentang murtabak best di singapore. Diorg cakap x jauh dari Masjid Sultan. Just jalan kaki 10 minute from Bugis Junction.

Ni la pandangan masjid sultan dari tepi. Kedai murtabak best ni bertentangan dgn masjid. 

Ni la kedainya. Zam Zam yg terletak di jalan Northen Bridge road.Kena sabarla beratur. Selain Murtabak, nasi Beriani pun bleh tahan.




Sekitar masjid Sultan. Banyak je kedai makan yg halal.sj je diorg xmo citer kat aku pasal kawasan ni. Survenior pun lagi murah berbanding Bugis street. Baju t-shirt singapore je kurang pilihan.


   Undang2 di singapore salah satunya xbleh bg makan burung tp aku xtau la saper yg berani kena saman ni










 Setelah naik turun MRT then naik monorail, Alhamdulillah sampai la aku kat Semporna Island. Aku turun kat Waterfront. Just ambik gambar depan glode ni pastu tgk pertunjukan Crane. Yg ni percuma. Start pukul 9PM-9.15PM.





Keesokkannya aku balik...Pagi tu breakfast kat Wendy near the Lavender MRT. Just to alert u guys, jgn terpedaya dgn sorang auntie ni. Dia wat2 sakit & xde duit. Aku ni cepat sgt kesian kat org. Aku p belikan breakfast & akak kat kaunter tu kata adik dah terkena. Auntie ni mmg slalu mintak duit org. After makan dia mintak duit kata nk p klinik, aku cakap aku dh xde duit. Tinggal 2 dollar (terpksa tipu sbb takut dia apa2kan aku)


Selain bwk balik survenior, aku bwk balik virus demam. Doktor cakap kena jangkitan virus.