Hari ni aku nak share serba sedikit ttg zakat. Mari kita belajar sama-sama. Menunaikan zakat ni merupakan rukun Islam yang ke.....? Yes, yg ke-4
Maksud ringkas bg nisab & haul boleh refer kat sini click sini
Perkara2 yg perlu ditunaikan zakat jika cukup nisab & haul.
- Zakat Saham
- Zakat Emas
- Qadha Zakat
- Zakat KWSP
- Zakat pertanian padi
- Zakat perniagaan
- Zakat pendapatan
- Zakat ternakan
- Zakat Wang Simpanan
For your guys information, semua zakat ni boleh diambilkira sewaktu kita isi e-filing. Bukan setakat zakat pendapatan sahaja.
- Pembayan zakat pendapatan melalui potongan gaji adalah automatik stop kalau kita move to other company. So reti-reti la isi balik ye...
- Zakat saham
- Kalau company bayar zakat perniagaan, pemegang saham dah terlepas la daripada kena byr zakat saham. Else, WAJIB bayar zakat saham.
- Kalau melabur ke atas company to obtain the dividen setiap tahun, maka zakat dikenakan di atas dividen tu je. ( 2.5% kadar zakat utk jumlah dividen + pendapatan lain)
- Kalau saham berdasarkan pasaran semasa contohnya Bursa Saham, ada 2 area of focus iaitu 2.5% utk nilai saham pd tarikh akhir haul & jugak 2.5% ke atas keuntungan dari jual beli saham sepanjang haul
- Zakat Emas- tidak hanya ditujukan kpd anak mami. Anak mak pun kena
- Dengan syarat emas ni tak dipakai langsung sepanjang haul (setahun).
- Hanya nilai timbangan emas je bukan total berat barang kemas sbb cincin korang tu batu pertama besaaaaaaaaaaaaaq2. Suasa,gangsa,intan pertama tak dikira.
- Nisab : minimum 85gram
- Kadar zakat = 2.5% x nilai utk berat emas tu.
- Contoh kiraan, nilai emas RM 10,000. Maka kadar zakat yg kena byr is 10,000 x 2.5% = RM 500
- Qadha zakat
- Semua jenis zakat adalah wajib dibayar kalau dah cukup nisab & haul. Ni utk kes nak cover balik tahun2 sebelum ni tak bayar. Nilai tu berdasar kemampuan. Bayar sikit2 pun boleh....Islam itu memudahkan.
- Zakat KWSP/ LTAT (jgn tnya LTAT tu apa sbb aku tak tau & lupa nk tnya pgw zakat. P tnya sendiri kat diorg & share dgn aku ye...wink2)
- Kena bayar hanya apabila kita ada withdraw duit & duit tu dah sampai ke tangan kita.
- Kadar 2.5% x nilai yg kita keluarkan tu.
- Zakat pertanian padi
- Harga jualan padi setelah ditolak harga kos yang dibenarkan (baja,racun,upah, sewa, pengangkutan)
- Kalau tanam padi 2 kali setahun, musim pertama katakanlah hasilnya kurang daripd nisab maka campur nilai tu ke musim ke-2
- Kaedah pengiraan zakat padi
- Nisab padi: 363 gantang, 1300 kg atau bersamaan RM 1,300
- Kadar : 10% ke atas nilai bersih. Jika pendapatan bersih kurang dari nisab maka zakat tak diwajibkan.
- Subsidi : Dikira sbg hrga perolehan.Kadar zakat 2.5% atas nilai kesekuruhan harga subsidi.
- Cara kiraa,contoh:
- Si Ahmad dpt RM4,500 semusim &subsidi RM1,125. Harga jualan padi RM 4,500. Harga kos RM1,750. Maka pendapatan bersih padi = RM 4,500-RM1,750 = RM2,750
- Zakat padi yg perlu dibayar : tanaman (10% x RM2,750) + subsidi (RM1,125 x 2.5%) = RM 303.15
- To be continue...
No comments:
Post a Comment