MARI BERINGAT

WAKTU SOLAT: PENANG

About Me

My photo
Sama mcm org lain, hanya Hamba Allah. Let share some useful knowledge!

Thursday, April 6, 2017

Road Trip to Krabi- Dec 2016

Dah 4 bulan pergi Krabi baru ingat nk pos. Biasala..saya kan pemalas

Saya pergi dengan keluarga sebelah suami. Join sekaki geng2 sepupu dia. Ada dlm 12 biji kereta jugak la. Road trip bermula 11-15 Dec lepas. Masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam sebab kami suka breakfast di Danok.






Ada a few perkara yang saya nak share untuk anda yang mungkin tengah cari info cara2 nak buat road trip ke sana.


Memasuki Sempadan

  • Beratur awal2 pagi atau lebih tepat solat subuh berdekatan dgn tmpt nak cop passport. Kalau dah 7 pagi baru sampai, nak park kereta pun susah + punya la panjang barisan.
  • Jangan main parking, kalau kena saman mahal oi...so datang awal. 
  • Kalau tak nak kena maki, kad putih & borang insuran kereta isi betul2. Kebanyakan blog dah share tentang flow process. 
  • Yg lama bahagian nak cop passport, tapi untuk documentation bawak masuk kenderaan sendiri kejap je. Kastam diorang ni anda jangan kecil hati, they can't really pronounce English word properly. Bahasa Melayu pun diorang tak reti. Cara diorang nak bagitau bahagian yang perlu pemilik kereta tanda tangan ialah melalui contoh borang yang dilekatkan di cermin kaunter. Kalau anda suruh mereka repeat balik, siap tadah telinga kena maki. Haha.
  • Simpan salinan dokumen elok2, yang mana nak kena return kepada Kastam Thai waktu nak keluar dari Thailand perlu dipulangkan tau! Kalau tak, denda adalah mengikut kiraan hari.
Once dah masuk Thai
  • Pekan yang kami jumpa ialah Sadao di Danok. Apa yg menarik di sini ialah i-City diorang. 
  • Kedai2 buka pukul 10 pagi waktu Thai (~11 pagi waktu Malaysia). Tapi gerai2 makanan seawal 6.30pagi dah buka dah.
  • Elok beli simcard Thai di sini. Waktu saya beli 150 Bath utk 2 minggu (internet je). Diorang tolong pasang semua. Kelajuan internet diorg mmg awesome weh. Celah bukit pun 4G. Kalau kat sini, bila blk kg internet nyawa2 ikan. 
  • Tujuan cepat2 tukar simcard supaya senang nk konvoi, sila JANGAN cari pasal pi bawak walkie talkie. Sensitive issue sejak ada kes bomb. Guna ja apa2 free app tu stay contact with your group but never use walkie takie. Contohnya: Zello.
  • Minyak petrol mahal sini mahal & berbeza-beza. Harga bergantung kepada syarikat pengeluar  (Esso, Shell, etc) & lebih mahal di kawasan kampung/luar bandar berbanding pekan2. Kami prefer isi siap2 di pekan. Ron95 yang warna kuning tu.




  • JANGAN  langgar peraturan jalanraya seperti speed, lampu isyarat, dll. Perkara2 ni mungkin jadi penghalang anda nak keluar nanti. Kalau kereta Thai nak memotong, sila beri laluan. Tahap kesabaran mereka di lorong laju tak sama macam kita kat sini. 
  • Saya bawak roti sbb sini banyak menu pulut bukan nasi. Perut saya tak tahan. Hehe.
  • Pekan Hatyai sedikit busy & susah nak cari parking. Kami tggl kereta kat resort & naik van tut2 ramai2. 






  • Enjoy the foods there. Sedaaaaap & muraaaaaah. Recommended : Nasi Komok, Daging Bakar, Nasi Padkapau, Tomyam (of course), steamboat (called chim chum, saya tak reti eja), udang goreng, aiskrim kelapa, pencake, pulut ayam, pulut mempelam, somtam, dll.



  • JANGAN shopping mcm orang kena sampuk. Istigfar banyak2.
  • Ambik tau apa barang & kuantiti yang dikawal oleh Kastam kita. Kalau terbeli lebih, sediakan duit utk bayar cukai lor..
Bila nak balik

  1. Pulangkan form kpd Kastam.

No comments:

Post a Comment